Jika Arwah Masih Ada, Ini Tahun Ketiga Kami

12:15:00 PM

-- --
5.12.14

Tarikh keramat untuk IQ dan Arwah suami. Selamat bergelar suami isteri setelah hampir 2 tahun tempoh berkenalan. IQ kenal Arwah hanya melalui Facebook. Yup, seorang yang sangat asing bagi IQ, tak tahu bagaimana watak Arwah sebelum berjumpa kali pertama.

Kali pertama jumpa di rumah family IQ di Karak, Pahang. Risau dengan orang asing punya pasal, kena jumpa dengan Arwah Ummi IQ sekali, biarpun hanya bergelar kawan masa tu, IQ tak mahu ambil risiko.

Wataknya seorang yang pendiam, tapi bagi sesiapa yang kenal rapat dengan Arwah, pasti tahu dia seorang yang sangat ceria dan suka mengriuhkan suasana. Baik orangnya, tak pernah mengecewakan hati sesiapa. Selalu tersenyum, dan semestinya senyuman pertama yang IQ tengok masa tengok profile FB Arwah tu la buatkan IQ terpikat padanya.
Throwback Majlis di Melaka
Betullah orang kata, orang baik selalu pergi dahulu. Bukan tak pernah muncul perasaan akan kehilangan Arwah sebab Arwah sememangnya terlampau baik. Susah nak ungkapkan. Akak ofis lama pun mengakuinya. Tak hairanlah sewaktu pemergiaannya tempoh hari, ramai yang datang menziarahi Arwah buat kali terakhir. Dari Hospital Sungai Buloh sampailah ke Jasin, Melaka. Ramai. IQ sedia maklum hal ini sebab IQ memang tahu perwatakan Arwah memang menambat hati semua orang. Alhamdulillah.

Kalau Arwah masih ada, ini ulangtahun kami yang ketiga. Kalau Arwah masih ada, mungkin Qa'id dah punya adik. Haha! Tapi perancangan Allah SWT semestinya hebat. Kita jer tak tahu. Mungkin ada sinar untuk kami anak beranak di masa depan. InsyaAllah.
Surprise Annirversary Petama dan Terakhir daripada Arwah.
Si Qa'id baru 3 bulan masa ni.
IQ ok, Qa'id ok. Keluarga semua sentiasa support kami dari belakang terutama keluarga Arwah. Alhamdulillah. Semua baik-baik sahaja. 

Moment bila termimpikan Arwah senyum pada satu malam, mesti IQ tahu...Arwah bahagia dan tenang di sana. Alhamdulillah. Jumpa di sana yer sayang. InsyaAllah. Amiin.

You Might Also Like

9 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semoga arwah ditempat dikalangan orang mukmin... amin... Al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  2. Semoga Almarhum ditempatkan di sebaik-baik tempat. Insha Allah.. terus kuat ye IQ. Allah sayang dia

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah ditempatkan di syurga.
    Omey sangat Qa'id, cinonet je.

    ReplyDelete
  4. Sentiasalah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  5. IQ seorang yg kuat, doa banyak2 untuk arwah, arwah dah berbahagia di sisi penciptanya..rindu tu terlalu sakit, be strong ye.. meh hug sikit.. huuhuu

    ReplyDelete
  6. semoga arwah ditempatkan di dalam golongan yang beriman.. tabah dan sabar ye

    ReplyDelete
  7. Semoga IQ kuat bersama anak tersayang..

    ReplyDelete
  8. semoga arwah ditempatkan di kalanagn orang beriman..

    ReplyDelete
  9. untung IQ dapat suami sebaik arwah. Semoga disatukan kembali di sana. InshaAllah. Ameen

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers