food blogger

Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap di Temerloh Catering, Wangsa Maju

11:39:00 AM

Selepas terliur melihat blogger Inani Hazwani pos pasal Ikan Patin Masak Tempoyak yang kedainya hanya sejengkal dengan rumah IQ, maka IQ mengarahkan adik-adik ipar IQ ikut IQ mengkedarah ikan patin hari ahad lepas. hahaha! (Gelak cekak pinggang). Hamboi IQ. Kemain hang ekkk...Tak der, ni dikira food hunting kekonon. kuikui.

HANYA LIMA MINIT DARI KERAMAT AU

So, gerak dalam pukul 11.00++ pagi. Konon makan untuk lunch la. Kedai Temerloh Catering yang menghidangkan Ikan Patin Masak Tempoyak ni cuma 4-5km jer dari rumah IQ. Dekat kan? Well, dekat, tapi IQ baru tahu ada kedai makan best. haha! Nak pergi kedai tu, mudah jer. Google pun boleh. Search je Restoran Temerloh Catering Ikan Patin. Confirm jumpa! IQ yang dekat ni pun Google dulu sebab belum pernah pergi lagi. hehe. Tapi tengok Google Map, sekali imbas pun dah tutup GPS, dah tahu jalan area situ. Ceit, berlagak!

Boleh klik Google Maps untuk ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin

Kedai ni betul-betul belakang Wangsa Walk Mall. Kalau lepas makan, boleh la nak jalan-jalan Wangsa Walk Mall tu. Untuk parking plak, kalau naik kereta, parking tepi bangunan kedai agak terhad. So, IQ prefer parking dekat parking Wangsa Walk Mall yang bahagian belakang tu. Memang tepi kedai je kawasan parkingnya. Mudah sangat! Tapi parking Wangsa Walk Mall ni berbayar yer. 
Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh Catering, Wangsa Maju
Pandangan tepi kedai dari kawasan parking Wangsa Walk Mall
Kedai Temerloh Catering ni ada banyak tempat duduk yang disediakan. Mungkin sebab pelanggan yang ramai. Masa IQ pergi ni masih awal, dan pelanggannya tak ramai sangat. TAPI bila waktu tengahari tiba, pelanggannya makin lama, makin bertambah. So, memang kedai Temerloh Catering ni menjadi pilihan warga sekitar Wangsa Maju ni untuk makan tengahari. 

Masa IQ sampai, IQ terus menuju ke bahagian lauk pauk yang disediakan. Lauk dihidangkan secara buffet dan menggunakan sistem layan diri. Ambik lauk, dan duduk. Nanti ada staff kedai yang akan kirakan harga makanan yang kita ambil. Tapi masa IQ ushar lauk dekat situ, IQ memang tercari-cari lauk yang IQ nak sangat tu. AIK?? Mananya lauk tu?

MANA IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK?

Rupa-rupanya untuk Ikan Patin Masak Tempoyak, ada satu ruangan khas untuk lauk tu. Ikan Patin Masak Tempoyak diletakkan dalam satu periuk yang besar dan hanya dihidangkan mengikut permintaan pelanggan. haha! IQ tak survey kedai tu betul-betul sebenarnya masa IQ masuk. Padahal punyalah besor ruangan tu. Adehh...maafkan mataku yang rabun. hek3..

Ok, kat situ dorang dah siap-siap sediakan harga untuk jenis ikan patin dan ikan lain. Ruangan tu memang khas untuk lauk MASAKAN TEMPOYAK sahaja. Sedia ada maklum, ikan patin ni ada dua jenis, ada jenis SANGKAR dan juga jenis BUAH. Jenis BUAH tu yang paling sedap la sebab ianya bukannya yang ternak macam yang jenis sangkar. Harga untuk jenis Sangkar RM13 dan untuk jenis BUAH plak berharga RM28. Disebabkan hujung bulan bajet dah kempis, IQ order Ikan Patin Masak Tempoyak Jenis Sangkar sahaja ler. hehe.
Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh Catering, Wangsa Maju
Sedap!
Kalau keluar dengan anak ni kena consider lauk untuk anak sekali. Disebabkan tak nak membazir, so....ambik lauk sepinggan dengan nasi sendiri. IQ ambil jugak Ikan Pari bakar, sayur kacang dan kuah masak labu, untuk suapkan Qa'id sekali. Qa'id dah kenyang, IQ baru sambung makan ikan patin IQ. hehe.

Secara overall, IQ rasa macam kuah masak Tempoyak ni macam agak cair. Tak pekat seperti kebiasaan orang buat masak tempoyak kan macam pekat sebab banyak tempoyak kan? tapi ni kurang sikit pekatnya. Walaupun IQ tak makan tempoyak, tapi untuk menu Ikan Patin Masak Tempoyak ni memang menjadi pilihan IQ untuk masakan orang Pahang. Orang kata, bila dah habis makan, hidu bau tangan pun syoook bila bau tempoyak tu melekat jer kat tangan kaann..
Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh Catering, Wangsa Maju
Ikan Patin Masak Tempoyak
Second thing pasal Ikan Patin Masak Tempoyak ni best sebab LEMAK PATIN tu. Sebelum ni IQ just dengar orang kalau makan Ikan Patin Masak Tempoyak ni mesti berebutkan LEMAK dia. Disebabkan orang lain berebut lemak, IQ tak berpeluang la nak rasa kan? Just bedal isi jer la. TAPI kali ni IQ dapat rasa lemak Ikan Patin tu sendiri! Dan apa yang dapat IQ katakan....memang sedap oiiii lemak Ikan Patin ni rupanya!! Patutlah orang lain berebut, rupanya memang sedap! 

IQ tak tahu rasa orang lain macam mana kan? Sebab IQ just ambik ikan Patin Sangkar jer. Kalau yang jenis Buah mesti rasa lagi kebaboomm! Fuhh...Cuma bak kata Blogger Inani jugak, cuma kuah masak tempoyak dia kurang pedas. IQ ingatkan pedas, tapi tahap pedas dia macam budak-budak pun boleh makan. Tak pedas sangat. Kalau lagi pedas, lagi sedap, mungkin kena letak cili padi sendiri la kot. hehe.
Ikan Patin Masak Tempoyak di Temerloh Catering, Wangsa Maju
Tapai
Kat kedai Temerloh Catering ni pun ada tapai tau. Cuma IQ tak berpeluang nak rasa sebab dah kenyang. Selalunya IQ sambar jugak satu atau dua tapai. So, tak tahu la rasa tapai tu sedap atau tak. Next time datang harap ada la tapai tu jugak. Nak rasa jugak macam mana kan?

Harga plak macam mana? Macam IQ makan dengan beberapa orang adik ipar IQ, total semua RM40.30 termasuk GST. Air semua ambik ais kosong dan rasanya air free jer untuk ais kosong dan air suam. Ikan Patin tadi RM13. So, ok ke tak harganya? OK? KO? 

Ok lah, kalau korang nak rasa sendiri kesedapan Ikan Patin Masak Tempoyak ni, korang kenalah datang sendiri dekat kedai Temerloh Catering ni. Tak cuba, maka tak cinta. gitu! Oh ya! IQ baru google tadi, Restoren Temerloh Catering ni ada beberapa cawangan, salah satunya di Shah Alam dan Bangi. So, orang Shah Alam dan Bangi boleh la nak try kalau tak nak pergi ke area KL sana. ok?

Ok, till then, bai!

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers