Alhamdulillah. Rezeki Abah Tunaikan Haji Tahun Ini

4:04:00 PM

-- --
IQ sebenarnya lupa nak update tentang majlis kenduri kesyukuran sempena Abah IQ yang bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah dua minggu lepas. Disebabkan kerja banyak dan asyik lupa nak update, IQ jadi lupa nak tulis di sini. huhu

Majlis kesyukuran diadakan di rumah Abah IQ di Kampung Alur Tempoyak, Dungun Terengganu. IQ dan adik IQ balik sekali, tapi kakak IQ tak dapat balik disebabkan bersalinkan anak ketiga. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

A post shared by izyan balqis (@izyanbalqis25) on


HARI YANG DITUNGGU TELAH TIBA

Dan semalam, abah IQ sekeluarga datang ke Kelana Jaya untuk hantar Abah IQ ke Kompleks Tabung Haji. IQ berkesempatan berjumpa dengan abah IQ lagi sebelum Abah IQ berangkat ke KLIA subuh hari ni. 

Memang sebak rasa bila Abah IQ akhirnya dipanggil menyahut seruan Haji pada tahun ni. Peluang haji bukan mudah nak dapat, namun ada tips dapat pergi haji cepat diviralkan baru-baru ni boleh digunapakai oleh semua. Tips yang sama juga dikongsikan oleh abah IQ semalam. Yang penting, cukupkan amount akaun Tabung Haji terlebih dahulu bagi melayakkan kita pergi Haji. Jadi? moh la kita menyimpan demi menunaikan Haji. (berkobar-kobar nak simpan ni!)

Kami adik beradik bertolak balik ke rumah masing-masing selepas tu, lagipun abah IQ nak tidur sebentar sebelum bangun untuk bersiap2 pakai ihram dan bertolak ke KLIA esoknya. 

Dan ini gambar terakhir abah IQ kongsi di whatsapp group family kitaorang pagi tadi, sejurus sampai di KLIA. Penerbangan Abah IQ pada pukul 10.15 pagi tadi. Perjalanan direct ke Mekah dan perjalanan mengambil masa 8 jam. 


Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat abah sepanjang abah menunaikan Haji pada tahun ni, selamat pergi dan pulang, Insya-Allah. Amiin Ya Rabbalalamin...

You Might Also Like

16 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Tahnia abah IQ. Semoga selamat pergi dan pulang. Dan semoga dikurnikan kesihatan yang baik di sana. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Semoga abah IQ dapat haji mabrur dan sentiasa sihat di sana..
    Selamat pergi n selamat pulang ke tanah air ...

    ReplyDelete
  3. Waaaa tahniah alhamdulillah rezeki abah sis moga dpt haji yg mabrur :)

    Salam singgah dari Sarah!
    https://messarah.blogspot.my/2017/08/day-4-seven-things-that-cross-your-mind.html

    ReplyDelete
  4. Didoakan selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga dapat Haji Mabrur.

    ReplyDelete
  6. Semoga abag IQ dapat haji yang mabrur. dan semoga kita jugak ada rezeki berpeluang g sana pulak. Aminn

    ReplyDelete
  7. Semoga segala urusan & ibadah abah IQ dipermudahkan oleh Allah SWt

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah IQ, semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers