Pilihan Aplikasi Mengubah Suai/Edit Gambar di Play Store Android

2:49:00 PM

-- --
Lain machiam tak rasa datang blog ni? haaaa...betul!!! background blog da bertukaaarr! mood baru, backgroud blog pun bertukar baru la kot...hek3...tapi header je la tak bertukar lagi....photoshop tak available untuk digunapakai bagi kerja-kerja mengedit...huhu...laptop Acer yang IQ pakai dulu, suami IQ da ambik balik....DAN bila suami IQ pakai, ZAPP! terus dia merajuk, tak nak buka2...rupenye skrin laptop da jahanam...dia bertahan hanya demi IQ sahaja, bukan suami IQ...hak3..

Lama tak buat kerja-kerja mengedit kan? Ingat tak masa IQ selalu update, IQ edit macam-macam jenis gambar...pakai macam-macam jenis software jugak la...daripada Paint kepada Photoscape, daripada Photoscape kepada Adobe Photoshop, Lepas tu main kartun-kartun guna Paint Tool SAI pulak...haaa...generasi turun temurun gitu kan....

Sekarang nak mengadap laptop da macam berkurang sikit. Yela, masing-masing da punya handphone canggih. Dalam handphone canggih tu ada macam-macam jenis Apps untuk edit gambar...sekelip mata pun da siap, senang mudah dan pantas la kan....IQ pun tak terlepas guna Apps semua ni...kalau boleh nak download letak dalam handphone macam-macam jenis Apps..selagi muat kan...TAPI...harus diingat, download download jugak, tak semua Apps tu bagus dan berbaloi untuk digunapakai....ada jugak yang hanya ada satu function je untuk edit gambar...tak ada varity orang cakap...jenuh nak install dan uninstall balik...kan...kalau ada Wifi ok la...tapi kalau yang pakai kuota macam mana pulak? Naya.

Ok, ni pilihan Apps yang ada dalam handphone IQ sekarang untuk edit gambar...edit gambar untuk dimuatnaik di Instagram (selalunya)...

1) Photo Grid (PG)



 PG ni antara Apps terlama IQ pakai. Macam-macam benda boleh edit. Nak tambah perkataan. Nak buat collage macam gambar pertama tu...IQ suka PG sebab dia ada Filter yang IQ suka...macam gambar kedua tu...filter dia macam deep2 sket dan sekarang pun filter macam-macam jenis kalau selalu update Apps ni...boleh tambah sticker...macam-macam la...cuma tak boleh crop objek dalam gambar...but nice la...nak buat insta saiz pun boleh...

2) VSCO  Cam


VSCO cam ni orang panggil Apps untuk instant budak-budak photography la senang cerita. Filter dia memang terbaik pada IQ. Nak buat gambar kekonon deep boleh la pakai filter ni. Lepas pakai HP baru ni, IQ da jarang pakai Apps ni walaupun da install. Sebab da jarang nak deep2 kan..pffft~~ HAHA!! Try la kalau nak rasa jadi instant professional photographer. Pasti puas hati. *amboi tagline kaaaauuu~ 
3) BlendPic (BP)
BP ni macam nak gabungkan dua gambar dalam satu gambar la kan. Sama ada dua2 gambar tu gambar kita sendiri atau salah satunya gambar kita. Gambar ni bergantung kepada Opacity pada gambar...nak lebih kat gambar mana...Opacity tu macam watermark la...tapi watermark tu untuk letak brand..heee *memandai je aku kan...BP jugak ada filter tapi IQ tak pernah guna..sebab tak best mana... Boleh dikatakan Apps yang paling jarang IQ guna yang masih ada dalam HP IQ ni...tak lama lagi IQ uninstall la kot Apps ni...hihi..
4) StickIt! & Instashot
Apps yang IQ guna hari ni, semalam, dua hari lepas, tiga hari lepas, empat hari lepas...bla bla bla.....nampak tak? nampak tak? nampak tak IQ suka GILA pakai Apps ni? KENAPA? Apps ni macam Photoshop wa cakap luuuu...serius! IQ pernah install Apps yang boleh crop objek dalam gambar dulu...tapi ternyata, Apps StickIt! ni lagi best!!! sebab boleh letak macam-macam background, boleh ubah border objek yang dicrop tuuu...macam dalam gambar atas ni...ni baru lagi edit ni...cepat dan mudah. 100% recommmended! TAPI pastikan tengok video dia dulu, kalau tak rasa, korang akan lost. Sebab IQ dulu lost jugak...jangan risau, video dia ada kat home dia jer, tak perlu buka Youtube pun. 

Instashot ni  macam insta size jugak la, macam Photogrid, cuma ni available jugak untuk Video.Siap boleh edit letak lagu bagai tau... kalau nak buat Instasize untuk gambar pun lagi cepat..betul..tak caya? gambar atas ni pakai instashot. Sebab lagi cepat dan mudah..=)

So, macam mana? dah tak sabar nak install Apps kat atas? kalau tak puas hati dengan gambar yang IQ tunjuk kat atas-atas ni, sila-lah melawat Instagram IQ di @izyanbalqis25 . Heh, macam nak promote IG sendirik la plak kan. *malu kejap.

Till then...

Bai2...

*** Gambar last buat sempena birthday Farah Zulaikha hari ni...selamat ulangtahun kesayangan saya! Gambar tu kat kenduri kahwin IQ yang lepas....=)

You Might Also Like

0 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers