TENTANG IQ



Nama diberi Izyan Balqis. Nama samaran di Dunia Blog IQ adalah IQ, singkatan daripada Iez Qis. Iez Qis nama pendek dari Izyan Balqis itu sendiri. Seorang ibu dan pernah menjadi seorang isteri kepada Allahyarham Muhammad Asyraf. Mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qa'id Aqhar yang baru hendak mengenal dunia yang serba mencabar.

Lahir pada tanggal satu April tahun 1989 dan berasal dari Terengganu. Kini menetap di Kuala Lumpur. Bekerja sepenuh masa dalam sektor pembinaan sambil berblogging separuh masa demi seperiuk nasi.

Mula menulis blog di Blogger pada September 2009, namun isi blog pada masa itu hanyalah tentang kehidupan peribadi sahaja. Namun, isi blog bermula 2017 dan seterusnya akan lebih meluas isinya. Insya-Allah. Ahli kepada Kelab Blogger Ben Ashaari bermula pada penghujung April 2017. Dan juga Air Asia Blogger Community bermula Oktober 2017.


n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers