Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?

3:08:00 PM

-- --
Hari sabtu lepas, IQ ambik peluang jalan-jalan dengan adik IQ. Suami dia tak ikut sebab kerja, so kitaorang berempat je la keluar bersama. Ke mana kitaorang pergi? IKEA CHERAS! Berbulan dah tak pergi sini. Orang kata, duit kena berkepuk dulu baru pergi, tapi IQ heran hape. Duit dah kempis pun IQ nak pergi jugak. hihi.
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
IQ-Qa'id-QratuAiniey-Medina
Adik IQ plan nak beli rak kayu untuk kegunaan suami dia. IQ plak tak tahu nak beli apa. Tak tahu nka beli apa pun tetiba penuh beg shopping Ikea warna kuning tu. haha! Jumpa tu nak ambik, jumpa ni nak ambik. Tahan je la kalau pikir duit dah mula mengempis dalam bank. huhu.

SUKA DENGAN DEKORASI IKEA
Bila datang Ikea ni, best bila dekorasi ruang pameran mengikut musim. Sekarang dah nak masuk musim sejuk dan Hari Krismas bakal menjelma. So, banyak perhiasan bertemakan hari krismas dekat Ikea sekarang ni. Cuma perhiasannya macam recycle dari tahun lepas. huhu. Bintang-bintang semua tu dah biasa nampak dan juga perhiasan pokok berbunga merah tu dah biasa nampak masa musim krismas tahun lepas.
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Kawan gaduh dulu dan sekarang.
Bila tiba masa nak membayar, nampak macam ramai orang beratur. Macam biasa la Ikea ni kalau orang tak ramai memang tak sah. Mujur datang awal pagi tadi, so...dah ambik masa lama sikit dekat ruang pameran dan hasilnya beratur pun tak panjang sangat.

Tengah-tengah beratur tu tetiba nampak satu ruang kaunter ni macam tak ramai orang beratur. Signboard atas tulis CREDIT/DEBIT CARD ONLY. Baru perasan kaunter tu tak ada Cashier! So, IQ pun ringan jer mulut bertanya dekat staff Ikea di situ. 

"Boleh guna Debit Card?" - IQ
"Boleh, sila masuk" - STAFF IKEA

SELF-CHECKOUT COUNTER DI IKEA?
Ok, pengalaman baru. Bayar barang yang dibeli dengan sendirinya! Menggunakan mesin Self-Checkout! Wahhh...first time nak guna mesin ni. Nak tunggu guna dekat luar negara, memang entah bila nak pergi sana. haha! Tapi Malaysia dah maju dah, dah pakai mesin checkout macam ni.kan?

Mesin checkout ni ada beberapa step. Kalau korang lost, korang boleh tengok nombor mengikut turutan yang telah dilabel pada mesin checkout tu. Kalau korang lost lagi macam IQ ni, boleh ringan mulut mintak tunjuk ajar dari staff Ikea yang bertugas di sekitar tu. Jangan risau, dorang ada je belakang korang dan bersiap sedia nak tolong korang.

Ni antara langkah-langkah self-checkout yang IQ ingat,
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Step 1 Scan
1- Scan barang-barang menggunakan pengimbas barang. Kalau beli beg Ikea tu sila scan bar code beg Ikea tu sekali sebab ianya perlu dibayar, bukan free. hehe
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Step 2
2- Kalau ada kad Family Ikea, sila tekan button Kad Family dan swipe kad tersebut. Point tuuu, penting!
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Step 3
3- Dah habis scan barang dan swipe kad, boleh terus tekan PAY. Masa ni pilih kad mengikut jenis kad bank anda. 
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Step 4
4- Masukkan kad bank dalam mesin kad yang biasa kita nampak tu dan masukkan nombor PIN.
5- Apabila payment dah diterima, koyakkan 1st COPY resit dan masukkan dalam box yang disediakan. 
6- Print 2nd COPY untuk simpanan kita. Keluarkan kad dari mesin. Jangan ditinggalkan pulok kad tu.
7- Ambil resit dan sila berlalu dengan cepat supaya orang lain boleh bayar juga. hehe. 
Ikea Cheras Dah Ada Kaunter Self-Checkout?
Ini lost. haha!
Macam mudah kan? Kalau first time macam IQ ni mesti terkial-kial. haha! IQ blur-blur jugak bila nak ikut step semua. Last-last sekali, MAYDAY terus! haha! Sebab tak tahu nak tekan jenis kad yang nak dipakai. Buat malu jer, pakai kad pun tak tahu kad jenis apa. 

IQ dapat tahu ada juga Pasaraya seperti TESCO yang dah buat sistem self-checkout ni tapi disebabkan IQ jarang yang amat pergi Tesco, so...IQ dapat buat self-checkout ni dekat IKEA je la. hehe.

Ok, tu je nak cerita. bai!

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. baru tau.. leps ni boleh self checkout.. tapi kalu festime mau terkial2 hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terkial2. sebab tak tahu apa nak buat seterusnya. heehehe

      Delete
  2. Tetiba trasa macam nak pi Ikea plak dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jom2, ikea best nak cuci mata. hehe

      Delete
  3. Aah kat Tesco pun dah ada mesin self check out ni, baru try kat IOI Putrajaya hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ jarang masuk tesco, boleh dikatakan jarang sampai setahun sekali belum tentu. hehe

      Delete
  4. Kalau reen pun mesti terkial2 jgak. risau salah tekan je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per, tak susah mana pun, kalau dah biasa tengok cashier buat kerja, mesti dah biasa, *IQ pun terkial2 oi, hehehehe

      Delete
  5. Replies
    1. mudah dan senang tapi bila turn sendiri kadang take time jugak, hehehe

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers