Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2

10:38:00 AM

-- --
Nak sambung cerita Family Day KBBA9 hari kedua ni, ada sesaper nak baca tak? Tak nak baca, tak per, tapi IQ nak tulis jugak! haha~ Boleh baca untuk hari pertama kat bawah ni.


Perkongsian bersama blogger malam sebelumnya buatkan IQ terlajak nak tengok sunrise!! Arghh~  Duduk pantai timur ni kena tengok sunrise sebab memang view dia terbaik! Tapi sempat tengok jugak la, tengok gambar rakan-rakan blogger lain dalam group WhatsApp, haha! Sardis betul!

Bangun dan siap2 nak pergi sarapan. Bila ada budak kecik ni, timing agak kelaut, yelah. Bila suruh pakai baju macam masuk acara 100 meter, kena kejor budak tu. Kalau bagi kerjasama, ok la jugak. Lepas tu, turun makan. Sarapan di Coffee House dan menu sarapan jugak tak mengecewakan. Cuma tak sempat nak ambik gambar. 

TELEMATCH SATUKAN BLOGGER

Acara pagi? TELEMATCH! Macam sukaneka macam tu haa. Acara dimulakan dengan Telematch untuk anak-anak blogger. Seronok habis! Anak IQ tak join la sebab kecik lagi, dengar arahan lain, kang dibuatnya lain plak. Tengok anak-anak blogger yang lain main seronok betul. Ada tiga game semuanya. Mak mak dan pak pak ni kemain bersemangat bagi sokongan moral untuk anak-anak. Best!

Lepas tu, acara untuk orang dewasa plak. Ada empat game. IQ pun join jugak. Masuk kumpulan Alpha. Memang seronok! Lama tak main sukaneka macam ni, bila last main? Zaman belajar kot. kot laaa...tak ingat dah laaaa. Tapi kumpulan IQ menang tempat ketiga jer. haha! Tapi apa-apapun game sangat best, mengeratkan hubungan antara blogger dan juga kerjasama antara ahli kumpulan.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Telematch anak-anak dan mak pak. Semangat nak main!
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Acara ni lupa dah nama, tapi kumpulan IQ kalah teruk. haha
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Fokus dengar arahan nak diberi semuanya, kecuali yang belakang nun. haha...apa ko tengok haa IQ
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Acara ni anak-anak pun ada main, bila mak pak main baru tahu, susah jugak main benda ni..haha!
credit gambar kak Ummi Nani
AKTIVITI MUCK DIVING YANG TAK RAMAI ORANG TAHU
Aktiviti seterusnya adalah Penerangan Asas Diving dan Pengetahuan Tentang Muck Diving. Aktiviti ni berharga bagi IQ sebab bukan senang nak belajar cara nak dive. Kalau nak belajar dekat luar, boleh cecah ribuan ringgit. Rugi kalau tak rebut peluang dive walaupun hanya dive dalam kolam. Cara nak kawal pernafasan sangat penting yer kalau nak dive. Kalau panik, mahunya KO kita dalam air. So, masa ni la nak belajar cara nak kawal pernafasan dengan betul. Banyak info yang boleh dapat dalam aktiviti ni.

Selain pengetahuan asas tentang Diving, IQ juga dapat pengetahuan tentang Muck Diving. Muck Diving ni lebih kurang macam aktiviti diving yang biasa dilakukan di pulau-pulau cuma Muck Diving ni dilakukan kawasan pantai di mana jarak perlihatan terbatas antara 5 meter ke 10 meter. Jarak penglihatan terbatas disebabkan kelodak-kelodak pasir yang ketara di kawasan berhampiran dengan pantai. Boleh baca info lebih tentang muck diving di Instagram @hazrineshark 

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Bersama Encik Hazrin dan KBBA9
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Penerangan tentang asas diving dan muck diving
LAWATAN SAMBIL MENAMBAH PENGETAHUAN
Aktiviti diteruskan sebelah petang setelah makan tengahari dengan lawatan ke kedai pembuatan kerepok lekor iaitu Keropok Cap Intan. Dekat sini, kitaorang boleh lihat secara live bagaimana kerepok lekor dibuat dan direbus, Para blogger juga diberi peluang untuk membuat kerepok lekor.  Pelbagai jenis keropok boleh didapati di kedai Keropok Cap Intan seperti Keropok Lekor Rebus dan juga Keropok Keping. IQ sempat la beli keropok frozen dan rebus untuk dibawa pulang.

Kedai Keropok Cap Intan ni terletak di kawasan Geliga, berhampiran dengan Kuala Kemaman. Di kawasan Geliga tu jugak ada banyak kedai yang menjual satar. Sape-sape yang suka satar, boleh la datang ke Geliga untuk dapatkan Satar dan jugak keropok lekor ni.

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Sekitar kedai Keropok Cap Intan
Tak nampak sangat orang buat keropok, ramai sangat orang masa ni. XD
Kitaorang sempat la singgah Pasar Ikan Kuala Kemaman. Pada sesiapa yang suka ikan segar, boleh la borong ikan segar dekat sini. Pasar ni terletak berhampiran dengan Jeti Kuala Kemaman. Harga ikan dekat pasar ni janganlah korang terkejut sebab memang jauh lebih murah kalau dibeli di Kuala Lumpur. Kita boleh dapat ikan tongkol isi putih hanya dengan RM16 sekilo ok! Murah tu. Rugi kalau tak borong ikan dekat sini, segar-segar semuanya!

IQ geram tengok sotong sebab sotongnya besar-besar. Besar peha Qa'id pun ada. Kalau buat ketupat sotong, kenyang makan seekor je sorang je. hehe. Ada juga rakan blogger yang borong ikan-ikan segar di sini lepas habis program. Siap dengan bekas letak ikan siap. Memang best betul borong ikan dekat sini.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Tengok kak Ummi Nani tu, kemain posing dengan ikan merah. haha!
Kitaorang sempat juga singgah di Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating. Dekat sini banyak info tentang penyu yang mungkin kita tak tahu. Ada juga anak penyu yang baru menetas, dikumpul dalam satu tempat di sebuah kolam dan juga penyu dewasa. Kita boleh jugak menderma ikhlas untuk pemuliharaan penyu pada masa hadapan. 

 Ada juga cenderamata yang boleh kita beli sebagai kenang-kenangan kita. Fridge Magnet, Keychain dan juga patung lembut penyu pun ada! Masuk ke pusat ni percuma sahaja jer kawan-kawan. Jadi, bawaklah anak-anak untuk lihat penyu secara dekat.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Pintu masuk pun dah nampak penyu. hehe
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Ada penyu dewasa, ada anak penyu.
MENYUSURI HUTAN PAYA BAKAU
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti Mangrove Cruise di Sungai Cherating. Yup! Tempat yang sama seperti aktiviti lihat kelip-kelip malam sebelumnya. Cuma waktu malam tak ada la nampak hutan paya bakau seperti mana aktiviti Mangrove Cruise ni. Aktiviti Mangrove Cruise ni memperlihatkan kita tentang hutan paya bakau banyak membantu dalam ekosistem hutan berpaya di Malaysia. 

Aktiviti Mangrove Cruise ni dikelolakan oleh Hafiz's Cherating Activities. Penerangan ringkas dibuat  oleh Encik Hafiz sendiri sepanjang kitaorang menyusuri hutan paya bakau ini. Rasa kagum dengan ciptaan-Nya apabila melihat indahnya pemandangan hutan paya bakau ni. Korang kena datang dan rasa sendiri, baru feel dia lebih. Macam yang kitaorang rasa. hehe.
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Kenangan bersama KBBA9 menyusuri hutan paya bakau di Sungai Cherating
BYE BYE BABY TURTLE!
Balik daripada Mangrove Cruise, aktiviti yang  paling ditunggu-tunggu iaitu aktiviti melepaskan anak penyu! Wahh, walaupun IQ ni orang Terengganu, IQ belum pernah lagi ada pengalaman macam ni. Memang teruja habis! Acara ni diadakan di persisiran pantai dekat Legend Cherating Beach Resort. Taklimat ringkas tentang anak penyu dan sesi pelepasan dibuat. Sebelum tu, sempat la bergambar anak penyu ni. Cuma IQ tak sempat nak namakan anak penyu ni sebab kalau nak bagi nama ni IQ memang take time sikit nak fikir. haha! last2 IQ panggil baby turtle jer. 

Sebak nak lepaskan baby turtle IQ ni ke laut sebab kebarangkalian dia hidup pun sangatlah tipis. Ancaman banyak bila baby turtle ni berada di laut sendirian. Daripada beratus ekor yang dilepaskan, mungkin hanya 5-6 ekor sahaja yang akan hidup ke usia 10-20 tahun. Semoga baby turtle dapat hidup lebih lama. InsyaAllah. Jika ada yang berminat nak buat aktiviti ni, boleh hubungi Legend Cherating Beach Resort yer. Bayaran yang dikenakan hanya RM20 seorang. Murah kan? Murah untuk pengalaman berharga macam ni!
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Qa'id muka takut nak pegang tapi bila dapat cium baby turtle tak nak lepas!
Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Kenangan dengan baby turtle
DINNER TEMA PIRATE
Selesai melepaskan baby turtle, acara malam pun tiba iaitu malam dinner. Dinner BBQ bertemakan Pirate dibuat bagi meraikan malam terakhir KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Menu yang dihidangkan sedap-sedap semuanya. Ada ayam bakar, lamb bakar, sosej, nasi goreng cina dan tak kurang juga dengan menu dessertnya yang best!

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Tema Pirate of Caribbean gituu. 

Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort - Day 2
Gambar cantik dari blogger Aznan. Sila ke blog beliau
Habis dinner, malamnya IQ out! haha~ penat kemain. Penat tapi seronok sebab padat dengan aktiviti yang best! Kalau korang nak rasa aktiviti macam ni, boleh contact Legend Cherating Beach Resort atau boleh direct mesej atau WhatsApp dengan Director of Sales Cherating Beach Resort ni iaitu En. Meor Amran di nombor  0133319822 . En. Meor ni friendly orangnya, boleh dapatkan info tentang semua aktiviti yang kitaorang join ni dekat En.Meor ni. Ok?

Ok, Entry hari terakhir bakal menyusul. Dah hari terakhir dah? I is sooo sad! Ape-ape nanti tunggu ok? Till then, bai!

You Might Also Like

11 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Wah seronoknya sis... sukaneka memang seronok join walaupun dah tua...

    ReplyDelete
  2. Semua aktiviti best. Walaupun ada yang tak dapat join tapi tetap seronok.

    ReplyDelete
  3. comelnya penyu. hehehe

    nak try singgah nanti.

    KBBA memang meriah kan.

    :)

    ReplyDelete
  4. bestnya semua aktiviti family day kbba ni..rasa nyesal pulak tak join

    ReplyDelete
  5. Aduhh.. Bila tengok balik semua aktiviti yang kita buat terus jadi rindu. Walaupun aktiviti yang diatur padat.. Tapi semuanya menyeronokkan..

    ReplyDelete
  6. best ye.. aktiviti mcm ni mmg best

    ReplyDelete
  7. Dinner trpaksa bukak lampu suluh haha .. tp malam tu mmg makan banyak smpai sakit perut kikiki

    ReplyDelete
  8. best dan menarik aktiviti yang disediakan.. ruginye tak pat join

    ReplyDelete
  9. Bestnya..macammacam aktiviti buat kat sana..nampak seronok sangat..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD