Selagi Syawal Masih Ada...Masih Ada!

2:36:00 PM

-- --
Salam semua.

Mula je hari isnin, badan da start lemau balik. Ditambah dengan jem sepanjang jalan menuju pergi kerja hari ni. IQ sendiri pun duk terfikirkan Qa'id yang tak berapa sihat, mujur ada mak pak sedara dia di rumah. Boleh tengokkan sementara IQ pergi kerja. Qa'id kena jangkitan lagi. Nanti bila dia dah sembuh sepenuhnya IQ akan story dekat sini untuk reference sesiapa untuk masa akan datang.

Beraya Selagi Syawal Masih Ada

....Esok Puasa Enam Pula...Habis Puasa, Sambung Beraya...Selagi Syawal Masih Ada...Masih adaaa...(Petikan Lagu Raya Senario)

Haaa...dah masuk dua minggu ni IQ beraya di KL. Dan minggu ni minggu terakhir Syawal. IQ sendiri tak putus2 menerima jemputan beraya ke rumah kenalan. Alhamdulillah...di kesempatan yang ada, IQ dapat pergi. Kalau tak dapat munculkan diri tu, ada la hal yang tak dapat dielakkan. 

Hari sabtu lepas IQ pergi ke rumah officemate IQ. Katanya, alang2 kawan2 husband dia nak datang, dia buat la open house sekali. Sebelum IQ ke rumah dia, IQ bawak Qa'id ke klinik. Di sini la IQ tahu Qa'id kena jangkitan. Lepas pergi klinik, IQ  direct ke rumah kawan IQ di Subang Bestari. Jauh perginya. Lalu kawasan rumah lama kami di Kota Damansara. Rindu IQ dibuatnya.
Selagi Syawal Masih Ada...Masih Ada!
Nak buat peace. Qa'id tak jadi buat. hehe
Officemate IQ ada anak sebaya Qa'id, cuma anaknya lahir bulan 2, Qa'id plak bulan 9. Dah macam adik2 plak Qa'idnya. Badan sama besar tapi Qa'id la paling berat. 14 kg masa timbang dekat klinik sebelum tu. Patut la ibu dia tak cukup nafas kalau angkat dia naik tangga dekat rumah tu. huhu.

Selagi Syawal Masih Ada...Masih Ada!
Medina kemain posing. Qa'id baru bangun tidur. 
Lepas pergi rumah officemate IQ ni, IQ ke rumah adik IQ di Gombak. Hajat nak angkut adik IQ sekali pergi beraya rumah kawan Arwah suami IQ plak dekat Taman Melawati. Nasib baik adik IQ on. Ada la penemannya juga. Beraya dekat rumah kawan Arwah tak ada gambar. Rugi plak rasanya tak der gambar sekeping pun. huhu. Habis beraya, balik rumah. Kepenatan.

Esoknya pula, IQ dapat jemputan ke kenduri kesyukuran pula. Kenduri kesyukuran sempena bakal Haji yang akan ke Tanah Suci tak lama lagi. Ini kawan IQ masa sama2 bersalin di Hospital Melaka yang ajak pergi rumahnya. Mak dan ayahnya bakal pergi haji hujung bulan ni. Sambil2 tu buat open house sekali. Jumpa maknya macam dah lama kenal. Peramah betul maknya. Kawan IQ pun sama, kemain ramah dia. Anak kami lahir pada hari yang sama, Hari Malaysia. Anak dia dapat masuk paper pada hari tu. Qa'id keluar lambat sangat. Jadi, dapat hadiah je. hehe.
Selagi Syawal Masih Ada...Masih Ada!
Semua budak2 baya Qa'id semua perempuan. Tak ada lagi geng laki ni Qa'id. Tak boleh buat team bola lagi
Tapi kami sama-sama single mother. IQ pernah ceritakan kisah kawan IQ ni di blog. Boleh baca di sini. Setiap orang pasti ada dugaan hidupnya. IQ dan dia pasti ingin yang terbaik, tapi percaturan Allah SWT lebih hebat dari apa yang kita rancang sebenarnya.

Ok la. Till then, bai!

You Might Also Like

12 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semoga qaid cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  2. raya sakan IQ, Qaid lg suka jumpa kengkawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dapat jumpa geng. tapi geng semua perempuan, tak ada geng lelaki lagi. huhu

      Delete
  3. Qaid tu demam sebab ikut maknya berjalan... hihi.... almaklumlah selagi raya masih ada...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qa'id xdemam, cuma kena jangkitan. huhu

      Delete
  4. Selagi Syawal masih ada selagi itulah kita gi beraya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kalau tak ada yang menjemput, xde juga perginya. hehe

      Delete
  5. rajinnya IQ ni beraya, bagus bagus. Tabik spring hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab masa raya je dapat jumpa kawan2, kalau bukan raya, bila lagi nak jumpa kan?

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers