5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an

4:12:00 PM

-- --
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: MyNewsHub
Setiap orang ada kenangan pada zaman sekolahnya tersendiri. Bagi IQ juga ada kenangan IQ sendiri. Zaman sekolah rendah adalah zaman paling IQ rindu sebab IQ rindu suasana riang bersama rakan-rakan sebaya. Dan ada perkara yang buatkan IQ betul-betul teringatkan zaman sekolah IQ. Jom kita lihat satu-satu.

1- Van Milo Beri Minuman Milo Percuma!
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: indamarya.blogspot.com
Siapa jer tak ada pengalaman ni kan? IQ pasti Tradisi Milo percuma diberikan sehingga ke zaman sekarang ni. Paling seronok bila cikgu beritahu kejap lagi kena beratur elok-elok sebab nak pergi minum air Milo. Wahhh..excited sangat masa tu! Bila dapat satu cawan rasa kenyang satu hari! Biasalah perut budak-budak bukan besar mana. Cuma kadang ada la yang nakal beratur kali kedua semata-mata nak minum Milo percuma lagi. 
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: Kosmo Online

2- Cek Gigi / Cucuk Vaksin
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: www.antaranews.com
Nampak van klinik kesihatan masuk ke perkarangan sekolah dah tak senang punggung dah. Kadang dapat info dari kawan-kawan yang pergi toilet, nampak ada nurse-nurse tengah setting barang dekat bilik meeting (tempat nurse-nurse buat pemeriksaan). Muka dah gelabah, masing-masing dah muka nak nangis. Tiba masa nurse ketuk pintu, rasa nak nyorok bawah meja. Ada yang sampai nangis sepanjang jalan nak pergi bilik pemeriksaan. Kadang bukan nak kena cabut gigi pun, nurse nak cek gigi je pun. Dia punya takut, macam semua gigi kena cabut. Hehe. Yang kena panggil kerap oleh nurse tu sebab gigi dia rongak, jenis malas gosok sampai kena cabut biarpun tak perlu lagi buang gigi bongsunya. Kan?

3- Gosok Gigi Ramai-ramai Tepi Longkang Depan Kelas
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: prasekolahpadangsari.blogspot.my
Habis waktu rehat, mesti kena gosok gigi. Kena bawak cawan dan berus gigi sekali. Kadang-kadang ubat gigi cikgu sediakan masa tu. Kadang-kadang kena bawak sendiri. Beratur sepanjang longkang ramai-ramai. Kalau bukan tepi longkang, dekat kawasan berpasir, korek pasir sikit untuk buat lubang. Lepas siap gosok gigi kambus balik. IQ tak pasti sekarang masih ada lagi ke budaya gosok gigi ramai-ramai ni. Rasa macam sekolah tadika plak yang adakan aktiviti ni. Sekolah rendah dah tak ada. So sad.

4- Jualan Buku Kanak-Kanak dan Buku Belajar

Akan ada satu hari tu borang pembelian buku diedarkan kepada murid-murid di kelas. Akan dikhabarkan juga bila jualan diadakan. Kebiasaannya seminggu sebelum atau 2-4 hari sebelum. Dalam borang jualan buku tu banyak tajuk-tajuk yang akan menarik murid-murid untuk membaca. Buku cerita dan juga buku pelajaran semua ada. Kebiasaannya borang akan sama je setiap tahun. IQ pernah ingat IQ beli buku pantun. Memang suka sangat berpantun dulu. Dulu je la, sekarang dah tak dah. Bukan tak suka, hilang idea nak berpantun. Buku tu pun entah ke mana.hihi

5- Salesman Datang Jual Barang Dari Kelas ke Kelas

Yang ni paling IQ ingat sebab bila ada orang ketuk pintu, secara automatik waktu pembelajaran akan terganggu. Kalau ada cikgu yang boleh terima dengan kehadiran salesman ni, cikgu akan stop mengajar buat sementara waktu. Salesman ni selalunya akan ambil kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu untuk buat promosi dari kelas ke kelas.
5 Perkara Yang Menggamit Kenangan Pada Zaman Sekolah 90-an
Sumber: ToonClips.com
Salesman selalunya akan promote barang-barang yang akan menarik minat murid-murid macam jual magic pen, jual buku bersiri dan macam-macam lagi. Selepas tempoh promosi dibuat dari kelas ke kelas, salesman akan datang satu hari untuk hari penjualan barang yang dah dipromosikan. Kadang ada murid yang beli, kadang ada yang tengok je. IQ selalunya tak beli sebab kakak IQ akan beli. Balik rumah akan kongsi antara adik beradik. Promosi dibuat satu sekolah, tak kan nak beli setiap orang satu kan? Kopak la duit mak ayah kita. hehe.

Itulah perkara yang paling IQ ingat pada zaman sekolah rendah IQ. Korang pula macam mana? Sama tak macam kenangan zaman sekolah IQ? kalau sama, Sep sekali! Yeah!

You Might Also Like

20 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. semua tu memang ada cuma yang point no 5 tu tak pernah berlaku :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. no 5 paling lejen sbb kita mesti tertarik dgn barang yg salesman jual tu

      Delete
  2. kelima-lima moment ni CCL sempat merasa zaman sekolah . bila throwback semula lahaiii rindunya

    ReplyDelete
  3. Semua pun pernah merasa...
    Bab gigi tu, kat sekolah rendah mrs pip, memang ada klinik gigi. Ada doktor gigi dan jururawat pergigian...paling best bila time doktor nak check gigi, doktor tu announce kat speaker panggil nama penuh kitorang...kalau hari ni kita absent kan, esok comfirm kena cari ... kdg2 doktor gigi tu siap berdiri depan kelas cari murid 😂 ...memang tiada chance nak melarikan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, dktor smpai cari dkat kelas, creepy btul, tapi rajin btul yer doktor tu..heeee

      Delete
  4. Bestnya zaman sekolah Kan. Dulu Ada
    Susu sekolah Kan , Ada perisa juga sedap Sgt selalu beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah la! susu sekolah pun lejen jugak tu! boleh masuk list!

      Delete
  5. Bila ingat balik zaman sekolah banyak yg kelakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat! memang semua benda akan buat kita tersenyum

      Delete
  6. Saya pulak suka kenangan masa sekolah menengah... Besst... Sekolah menengah pun ada van tmilo gak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah menengah IQ biasa2 je, sebab dah remaja ni lain sket kesah dia..hehe

      Delete
  7. Seriusly...semua tu kenangan paling manis...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? manis sangat macam air milo percuma tu.. hehe

      Delete
  8. Last sekali tu memang kenangan sangat.. seronok masa tu bila ada yang dtg jual barang. sebab nak tau, apa lah yang salesman ni jual dari kelas sebelah. pastu sebab ngantuk cikgu ajar. dia dtg, seronok sikit.. haha. pastu sian mak abah kena layan bagi duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, tau xpe. excited kalau ada salesman ni datang sebenarnya. seronok bila dia tunjuk barang2 tu...mula la nak membodek mak ayah suruh bagi duit nak beli..hehe

      Delete
  9. hahahhaha semua memang pernah alami. kelakar pulak bila teringat balik. paling suka bab beli buku sampai merajuk2 kalau mak tak bagi beli padahal bukan baca pun haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang budak2 mesti nak je beli semua, masa tu mesti fikir kenapa bila nak minta beli je mak ayah cakap tak perlu. sekarang baru paham kenapa...huhu

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers