Advertisement

Responsive Advertisement

Apabila Si Kecil Membesar...

Alhamdulillah..cerah hari ni...matahari di KL pagi ni memancar dengan terang sekali. Memang terasa bahang kepanasannya walaupun berada dalam pejabat yang ber-áir-cond ni...tapi pejabat IQ ni kalau pasang áir-cond pun tak terasa sangat, laluan koridor ke lif lagi sejuk...huhu..

Pagi ni rutin bertukar sikit dari kebiasaan. Kebiasaan dua tiga hari ni mandi sebelum subuh tapi hari ni lepas subuh baru mandi. Badan letih sangat, rasa nak tidur jeeee tapi bila fikirkan nak cari rezeki terus bangun. Sebelum ni mandi-solat-gosok baju-masak tapi hari ni bertukar sikit, gosok baju-mandi-solat-masak...

Budak kecik si Qaíd tu plak bangun awal hari ni, masa IQ tengah gosok baju pun dia dah bangun, mungkin sebab semalam paksa dia tidur awal, haha! Mujur Mak Lang dia tak pergi kerja lagi, so boleh tengokkan dia sementara IQ mandi lepas tu. Dan dua tiga hari ni solat tak kusyuk, sebab budak kecik selalu kacau duduk depan atas sejadah...subuh tadi pun sama -_-'

semalam waktu nak Maghrib pun dia main atas katil, risaukan dia jatuh atas katil sebab main lompat sorang2, dua tiga kali jugak solat terbatal, sebab terpaling dekat dia..risau dia jatuh..huhu..ganas kalau main..last2 mak lang dia ambik main dekat luar bilik..

pagi ni keluar dari rumah awal 5-10 minit. Efektif sangat hidup kalau bangun awal ni, boleh keluar rilek2 tak der berkejor sangat. Macam biasa, budak kecik tu pun nak jalan sendiri, tak der dukung2 dah...tapi ajaibnya hari ni, tak der plak dia melencong nak pergi taman permainan dulu, sebaliknya terus melencong ke laluan rumah pengasuhnya...terkejut IQ kejap jadinya...dah tahu mana hala tuju pagi2..hee

lepas panjat tangga ke rumah pengasuhnya, sampai pintu rumah, Qaíd terus bagi salam, belum sempat ibu dia nak bagi salam, dia dah bagi salam pelatnya, then menonong masuk rumah tanpa tanggalkan kasut, pengasuh dia jawab salam sambil gelak sampai terbatuk2...hilang terus dia dari pandangan ibu dia, panggil keluar untuk salam pun tak muncul2, last2 pengasuh dia ambik untuk salam dan cium pipi..alahai...dah besar anak ibu ni...

bila dah berlalu dari rumah pengasuh, mula la berfikir macam2...dah besar anak IQ ni, dah pandai dah..banyak keletah, kalau IQ membebel sebab dia sepahkan rumah, mula la dia nak membebel sekali..alahai..ank ibu..kalau ayah Ed masih ada, mesti dia pun sama naik dengan Ed, mungkin dia pun saje buat2 bebel, lepas tu Ed gelak2...saje nak sekongkol dengan Ed...ok...sebak..

ok la, till then..bai.

Post a Comment

4 Comments

  1. cpt sgt anak-anak membesar kan..kejap sgt masa berlalu.tnpa sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, cepat sangat dia membesar....tak sempat nak gomol2 skrg..gomol je rimas..huhu

      Delete
  2. Qaid..! Sama nama dengan anak buah.. panggil dia ed but more like eid.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Mmg pggil ed...fmly pgil aid....eid...mcm2 dah...hehe

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)