Cuaca Dan Kesihatan

11:56:00 PM

-- --
Salam semua..

fiuhhh..baru berkesempatan nak coret sikit di sini...nak jugak menulis sebab nak lepas gian tangan ni nak menaip..huhu...even tak berapa nak sihat kan...tetap nak ngadap blog...

IQ baru jer siapkan kerja sikit, tapi tak setel lagi...sambung esok sebab maklumat akan ada esok...nak buat pulun malam ni pun tak boleh jugak sebab maklumat tak lengkap..so, stop dulu..nak cerita pasal satu family tak sihat sebab cuaca ni...haihhh..

Cuaca sekarang memang tak menentu, kejap cerah, kejap hujan...kejap mendung, kejap petir...adehhh..kita pun dengar kan berita pasal ribut dekat RnR Dengkil tu kan? tau tak per, kuat tu...sampai tercabut atap semua...

Disebabkan cuaca tak menentu, jadi kesihatan pun tak menentu jugak....mula-mula si ayah batuk batuk...berjangkit dengan si ibu dan si anak....lepas tu hilang...tup tup si anak berjangkit demam dengan anak pengasuh...adehhh...demam pulak...tambah selsema dan batuk balik...adehh....ayahnya pulak demam...berjangkit pulak dekat ibu selsema plus demam tak berapa nak demam..hihi..

Berjangkit sana sini, antibodi masing masing tak berapa nak sado...jadi, senang la nak berjangkit...ni pun IQ sok sek sok sek dari waktu kerja...kepala dah pusing..plus kerja menggunung tinggi...camno nak pergi bercuti ni haa kalau semua tak sihat?

Harap harap masing masing bertambah sihat..lebih lebih Qa'id..risau sangat kalau dia tak sihat....tadi baru jumpa doktor...selsema plus batuk ditambah dengan ruam ekzema dia...adehhh....risau ibu ni nak oii...

Semalam sampai terfikir, rasa nak berenti kerja jaga anak jer kat rumah...senang tak perlu fikir apa apa, tapi nak buat macam mana....tinggal di bandar besar bukan sama tinggal di bandar kecil...komitmen tak sama....bayangkan la mak sedara IQ cakap IQ bayar pengasuh RM350 pun dia kata mahal...padahal RM350 dekat bandar besar ni dikira murah da...dekat kawasan luar bandar, range pengasuh RM250...tu pun paling mahal katanya...beza sangat..

Tak per la, yang penting niat nak cari rezeki...moga dimurahkan rezeki semua....Amiin..

Ok. Bai.

You Might Also Like

8 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. moga cepat sembuh IQ sekeluarga supaya boleh pergi bercuti dengan aman. aah cuaca sekarang memang celaru, dunia makin tua.

    dulu mak nadia babysit seorang rm150 je. nadia rasa murah gila dengan bebudak yang hazabedah nakal dia haha tapi tu lah, mak memang begitu hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nad...IQ lak nak demam...berusaha untuk tak demam jer ni..kena kuat! hehehe..

      murahnya RM150!! untung la sapa yang duduk bawah jagaan mak nad...cuma budak budak...confirm nakal..hehe

      Delete
  2. Jgn berhenti IQ. Kakak dulu pun macam IQ cuma kakak ada bibik. Berbelas tahun bertabah Insya-Allah bila anak-anak dah besar dah lega (kakak dah rasa sekarang). Jadi sementara anak-anak kecik kena sabar, doa, tawakkal moga anak-anak selamat dalam jagaan org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kakzakie...kena kuat hadapi dugaan ni...kena kuat macam akak jugak ni...terima kasih kak...mudah2an doa dan nasihat akak termakbul..amin

      Delete
  3. cuaca sekarang tak menentu, kawan2 pun dah ramai yang sakit. Nanti bulan depan jerebu pulak. tak tahu la cemana nasib :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Alahai...harap jerebu tak melanda tahun ni..harap nye

      Delete
  4. take care musim2 panas dan hujan tak tentu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Tu la...musim xmenentu langsung...tetiba je bley banjir..huhu

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers