Advertisement

Responsive Advertisement

Kawan Masa Bersalin

Masa bersalin hari tu...IQ buat ramaaaiii kawan. Yela nak bersalin lagi kan...nak hilangkn rasa sakit bersalin tu IQ cari la kawan baru. Nak mintak husband teman tak boleh sebab dalam wad bersalin. Bila transfer wad biasa baru boleh jumpa husband.

IQ dah ikut perangai Arwah ummi dah...boleh cari kawan sekelip mata. Borak macam 10 tahun kenal. Peramah terlebih kot..huhu

IQ first pergi hospital melaka tu tak sakit sangat. So...admit wad. Dua malam duduk hospital. Malam first tu mula mula tak ada patient sebelah katil IQ...bangun pagi...hah! Nampak la sekujur tubuh dekat katil sebelah tu..risau pikir apa benda tu...rupanya orang...haha!!

IQ jadi ngam sis sebelah katil tu. Pangkat adik. Muda setahun daripada IQ. Patutnya dia dah due tapi laluan tak terbuka lagi..baru 1cm katanya...

Memang lepak betul kitaorang dalam wad tu. Contraction tak ada sangat. Sampai la hari last tu IQ nak mintak balik rumah. Sis tu stay sebab mungkin dia nak kena induce.

Nak dijadikan cerita, lepas IQ balik petang dari wad, esoknya dah sakit sangat nak bersalin. Sis tadi pun cakap dia da start sakit malamnya. 

Kitaorang bersalin hari yang sama. Cuma bezanya sis tu pagi..IQ malamnya plak...tapi tetap 16 September 2015. Anak sis tadi siap masuk paper sebab lahir Hari Malaysia. Qa'id terlepas la sebab lahir lambat. Heee...tapi tetap dapat hadiah daripada hospital.


Tapi yang sedihnya pasal sis ni.....dia diceraikan lepas dia habis pantang. ALLAH...memang terkejut IQ dengar cerita dia...IQ contact balik dia dan dia ceritakan semuanya....kesian..tak ada salah apa kena cerai...apa la lelaki zaman sekarang...pikir kawen tu senang ke ape...

Mujur hak penjagaan anak dekat sis tu...moga tabah yer kawan.

Ok. Tu je nak cerita. Bai.

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. Tu la sedih sangat. Tak tau nak cakap apa laki zaman skrg ni

      Delete
  2. peramah IQ ni macam Mak Nadia hehe.

    Ya Allah siannya. takde sebab? lagi la hmmmmmm. x tau nak cakap apa. anak first ke tu? moga dia tabah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...agak la...tapi kadang2 jadi mcm antisosial jugak..bila orang tak senyum balik..haha

      Tak der sebab nad...xtau la nk ckp...kluarga blah laki lagi sokong...Allah..

      Delete
  3. sedihnya..dh bg zuriat dia pn nak ceraikan.moga kwn IQ tu tabah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm..tu la...sakit bersalin pun xhilang lagi...meroyan kawan tu tgh pantang

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Cerita yg menarik dan punya kesedihan menyentiuh hati.

    ReplyDelete
  5. Sedihnya kena cerai, huhuhu. semoga bertabahlah.

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)