Advertisement

Responsive Advertisement

Perangai Memandu Orang Kita

Salam semua. Selamat hari isnin. Selamat monday blues. Bla bla bla. Penulisan kali ni di atas pengalaman sendiri dan harapnya semua terbuka. Buka hati. Sebab saya pemandu, anda yang lain juga pemandu. So, sila baca dengan rasa tenang.

Anyway, IQ gerak pergi kerja lewat sikit hari ni. Kebiasaan gerak pukul 7.00++ pagi, tapi ni pukul 8.00 pagi baru gerak. masuk kerja pun pukul 9.00 pagi kan, tapi hari ni punya malas Allah je la tahu, bermalasan nak bangun pagi. Mujur la baju dah siap gosok malam tadi.

Perjalanan IQ melalui NKVE-JALAN DUTA-JALAN ISTANA-JALAN LAPANGAN TERBANG LAMA. Tapi hari ni punya jem Ya Allah. Paling teruk yang pernah iQ alami sepanjang hampir 3 bulan ulang alik kerja, Sebelum tol Jalan Duta lagi dah jem. Nak masuk lorong tol tu beratur elok elok macam budak sekolah masuk kelas. Tapi ada pulak yang agaknya gengster sekolah, main potong barisan, yang baru sampai terus lompat pergi ke depan nak potong.

Nak potong satu hal, bagi la signal cheq oiii. Nak kata kereta mentol terbakar, kereta besar. Mustahil nak tukar mentol lampu signal pun kena tunggu hujung bulan. Main redah masuk. Orang lain pun nak cepat bang/kak. Please laa.

Satu perangai yang IQ perhati sepanjang bawak kereta di bandaraya besar ni, sesetengah pemandu kalau nampak lane sebelah laju, terus masuk lane sebelah, kalau lane tengah laju, terus masuk lane tengah. Masalahnya kan...sampai bila nak masuk sana sini tu? In case kalau ada yang tengah pecut kereta, tetiba kau masuk, tercium sama sendiri achaner?

Reti tak bersabar? Stay pada lane sedia ada, tukar lane bila betul2 lane tu tak menuju ke arah destinasi yang korang nak. Boleh tak? Ni tak, selagi boleh, diciloknya kereta yang agak2 besar koster (basmini) tu. Kadang ada jugak lori dan bas buat perangai macam ni. Alaaa, selagi namanya pemandu, yang dibawanya treler difikirkan ferrari. Biaseeee.

Yang jenis potong nak masuk lorong ikut lane yang tak sepatutnya pun ada. Pada IQ, yang jenis ni masuk sekolah memandu separuh jalan. Lorong kecemasan pun korang bantai. Kesudahannya? Bila ada jambatan ke kon merah ke, korang masuk balik lane asal, lepas tu jem balik. Betul kan? Lepas tu?

IQ selalu baca pasal pemandu Malaysia yang kurang sifat sabar dalam pemanduan. Yes. Itu benar sama sekali. Tipulah kalau kata IQ tak pernah mengamuk dalam kereta. Pernah. Tapi mengamuk mengamuk IQ tak ada la buat kerja gila potong orang sesuka hati, potong ikut lorong kecemasan. Kau jerit la sorang2 dalam kereta. Tak ada sapa nak dengar. Tapi kalau kau bertindak nak menyusahkan orang lain pulak, itu bermasalah. Bukan kau sorang je layan jem sampai berjam-jam. Bukan kau sorang je nak cepat sebab kena punch card on time. Orang lain pun sama.

Suami IQ pun kadang buat perangai yang biasa manusia buat ni. Tu sebab IQ akan ingatkan dia selalu. Biar kena basuh sikit. Tahap kesabaran manusia akan lebih teruji bila memandu kereta. Bawak motor tak heran lagi sebab boleh celah sana sini. Tapi kalau bawak kereta, yang penting adalah sabar.

Pagi tadi punya cerita tu IQ simpulkan macam situasi kat atas la. Mostly semua macam tu. IQ lewat 30 minit pergi kerja hari ni. Satu jam setengah dalam jem. Ape nak kate yop. Nasib la duduk tempat yang ramai manusia ni. Tempat tumpuan utama. Bak kata orang, tak nak layan jem, duduk dalam hutan. Haha! Tu ayat lepas diri tu. Dan tak matang. Kan?

Please. Sabar. Dan IQ pasti, orang yang sabar adalah orang yang matang. Matang dalam tindak tanduk dan percakapannya. :)

Kalau lah wujudnya kereta terbang pulak lepas ni, kapal terbang mesti menangis. Sebab selalu jem dengan ruang udara. Haha!!

Till then,

Bai!

*** IQ bukanlah jenis skema bawak kereta ke ape. IQ cuma bawak kereta seperti yang sepatutnya. Trust me, im own my father driving skill. Even im one of his girl.

Post a Comment

0 Comments