Resipi Mudah: Oreo Bar Tanpa Bakar

10:18:00 AM

Salam 20 Ramadhan buat semua!

Hari ni IQ nak kongsi satu resipi yang sangat mudah nak buat. Tanpa menggunakan oven yer! Memang mudah. IQ dah 3x buat tau. Adik ipar IQ pun da request resipi. IQ tahu cara buat pun melalui media sosial je. Nampak senang terus rasa nak try. So, ini dia resipi untuukkk..

Resipi Mudah: Oreo Bar Tanpa Bakar

OREO BAR

Bahan-bahan:

3 pek biskut Oreo ( 2 pek untuk dikisar halus, 1 pek untuk dipatahkan kecik2)
1\2 buku Buttercup (butter lain pun boleh guna)
100gram cream cheese
1 bar white chocolate (sederhana, jangan besar sangat)

Bekas acuan/loyang
Kertas tekap putih

Cara-cara membuat Oreo Bar:

1- Kisar 2 pek biskut Oreo menggunakan blender sampai halus. Dan letakkan dalam satu bekas.
2- Cairkan butter. Masukkan butter yang dah cair ke dalam bekas yang berisi biskut Oreo yang dah halus. Gaul sehingga rata.
3- Letakkan biskut Oreo yang siap digaul bersama butter tadi ke dalam bekas acuan yang dah diletakkan kertas tekap putih mengikut citarasa anda. Mampatkan dan ratakan mengikut saiz bekas.
4- Untuk topping pula, cairkan white chocolate. Cairkan chocolate di dalam satu bekas air di atas dapur sebab chocolate tak boleh dipanaskan secara direct.
5- Sementara itu, patah-patahkan 1 pek biskut oreo kepada saiz kecil. Bukan hancur yer.
6- Campurkan white chocolate yang dah dicairkan tadi bersama-sama cream cheese.
7- Selepas kedua-dua bahan itu sebati, gaulkan bersama oreo bar yang sudah dipatahkan tadi. 
8- Setelah siap digaul, tuangkan atas biskut oreo di dalam bekas acuan. Ratakan.
9- Siap diratakan, sejukkan di dalam peti ais.
10- Selepas 1-2 jam, siap untuk dihidang.


Amacam? senang tak? Mungkin agak renyah tapi sebenarnya mudah jer. IQ suka kalau masak tak perlu bakar-bakar ni. Sebab IQ tak reti nak bakar-bakar. Asyik rentung je. Haha! ok la, selamat mencuba! Bai!

You Might Also Like

22 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. amboiii buat sekut tak hajak kitew..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekut gini je la buatnye...sekut raya sepi aje...haha

      Delete
  2. nadia suka oreo! kejammnya terbaca pukul 2.15 haha. nak try la nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sory la nadia. Terkejam sekejap. Haha

      Delete
  3. senangnya buat.. macam teringin nak suruh anak2 PCL cuba.. diorang memang suka la bab resepi simple2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Budak2 pun boleh buat. Tapi kena ada pemantauan juga sebab nak cairkan coklat atas dapur pun pakai api. Melainkan pakai microwave. 😀

      Delete
  4. wah nampak sedap je...dah berapa jenis kuih siap

    ReplyDelete
  5. senangnya nak buat..bahan pun tak banyak sangat nak guna. boleh try buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mudah aje. barang tak banyak pakai. =)

      Delete
  6. Wah nampak sedap...lagi2 tengah puasa ni

    ReplyDelete
  7. Saya tak buat kuih atau jek. Tapi link entry ni saya dah kongsikan kat watsap.

    Tentu ada yg nak cuba buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, terima kasih adam sebab share. =)

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers