Hidup Di Bandar Besar

1:32:00 PM

-- --
Sometimes, IQ rasa ada yang tak faham...orang lain fikir orang yang duduk di bandar besar ni kaya, berduit..mampu beli segalanya...tapi silap...silap sama sekali...ini rentetan hidup di bandar yer...yang tak sama keadaan harap baca dan nilaikan..

Rumah sekarang di bandar besar harga punyalah melambung tinggi. Kena tengok kawasan. Kawasan PANAS, dekat dengan highway, kalau harga beli tak cecah RM100K untuk rumah flat kos rendah SAHAJA memang tak sah...believe me...itu yang beli...yang sewa plak? Paling murah kawasan Hot ni mesti RM700-RM1000 untuk flat kos rendah...lain tingkat, lain harga beb...jangan fikir sama plak..

Kereta? Kereta mahu RM400-RM600 untuk kereta standard Perodua biasa. Bukan kereta Honda ke Toyota Vios ke OK? Yang tu confirm lebih daripada RM600. Tu tak termasuk kalau ada yang pakai motor. Motor kat bandar besar ni ada yang pakai R25...haaa..hamek....jenuh la tambah bayaran bulanan...

Bil telefon dan internet. IQ sendiri di rumah pakai internet. Pakej paling biasa. RM150. Tak termasuk bil air dan elektrik. Kadang bil air percuma tapi bil elektrik kena tengok la, Selangor dah tarik subsidi elektrik...so, kena bayar laaa...tak sah kalau tak RM50. Tu rumah tak beraircond tau? Kalau beraircond? Mahu RM100++ jugak la..

Minyak + Tol. Yeah~ Bandar besar ni, konon semua macam dekat. Tapi bila lalu highway pun jem, nak dekat tu tak berapa nak dekat laa...Tol tetap bayar, lalu sana tol, lalu sini tol...tol sana sini...Minyak Malaysia pun kejap naik kejap turun..haru betul...nak buat belanjawan pun susah..bajet asyik lari...nak estimate minyak penuh untuk kereta pun asyik fail...kejap penuh, kejap tak penuh...
Minyak + Tol ni tak lari la RM400 sebulan..IQ hari hari lalu tol naik kereta...suami IQ naik motor, fikir minyak motor je laaa..

Makanan atau Barang Dapur. Yang ni lagi laaa...barang semua nak GST...even ada yang zero GST pun tak membantu sangat, sebab sabun cuci baju pun kena GST....bahan mentah je zero gst...macam mana tu....IQ kalau beli barang dapur paling sikit RM300, tapi kalau paling banyak, RM400++. Yang ni kena bijak, kena beli dekat tempat yang murah. Beli kat Giant, tak penuh troli pun dah Rm300++. Hari tu IQ beli di NSK Wangsa Maju. Tak sampai RM300 pun troli penuh dan tak muat dah...tapi jauh sikit la nak menapak ke Wangsa Maju dari Kota Damansara tu...minyak + tol lagi...tambah tolak, sama je kosnya....adehhh

Pampers/Susu/Pengasuh. Sebab dah ada anak kan? kena kira jugak la...Pampers+Susu anak, rasanya ada la cecah RM300++ sebulan. Pengasuh tengok macam mana bayaran dia, macam Qa'id pengasuh lama atau baru semua ambik RM350.  Dah RM650++ dah sebulan..sebulan????

So, korang kira sendiri la...campur semua semua tu...dengan pendapatan isi rumah kadang tak sampai pun RM5000...korang fikir RM5000 sebulan cukup? tak termasuk nak mengendeng dekat suami, mintak belikan itu ini, tidak termasuk nak jalan jalan cuci mata dekat mall, tidak termasuk terbeli barang online yang sebenarnya tak perlu pun, tak termasuk keperluan baju yang dah lama tak berganti dan lusuh tahap jadi kain lap dapur jer...haaa...anak sakit, bini sakit nak kena bawak ke klinik, jangan tahu nak jimat, tuam dengan tuala jer....huhu

Ada orang bernasib baik, tinggal dengan mertua, sewa tak perlu bayar, pengasuh tak perlu fikir..kereta secondhand da habis bayar fikir maintenance jer...dapat tinggal dekat kampung, tak perlu fikir tol sana sini...minyak naik ke minyak turun pun tak kisah sebab tak berapa nak jauh jalan pun...kalau nak jalan pun bila nak pergi melancong, yang duduk dekat bandar entah bila nak pergi melancongnya...

IQ kalau ada peluang duduk dekat kampung, dengan ada kerja yang IQ nak, memang IQ duduk dekat kampung jer, rumah sewa pun murah, barang dapur pun murah...nak pergi mana mana tak yah pikir tol dah....senang...semuanya mudah...

Dan jangan cakap orang tinggal dekat bandar besar ni kaya...TOLONG LAAA! Yang tinggal dekat kampung lagi kaya daripada yang tinggal dekat bandar ni ok!

k.bai!

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. haish betul kata IQ tu. sekarang kos hidup sgt tinggi. nadia yg hidup bujang ni pun bila dh hujung bulan sesak napas. duit kereta, duit sewa, duit phone, makan, minyak kereta, ptptn. simpanan jgn lupa, paksa jugak wpun semput huhu bertabahlah. dunia ni sementara je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan? haihhh..tapi kenapa ada saje orang pikir duduk bandar besar ni kaya? tengok dalam bank kempis pokey weyh~ adessss

      Delete
  2. sebenarnye brg kat kg lagiiiiiiii mahal dari bandar..sebab setiap kali balik kampung memang beza sgt harge die...tapi sebab dah xde choice terpakse beli jugak...yela kampung kn..kedai pun kecik2 je.tu je la kosnye..kg xde tol.xde traffic jem.hihi.tapi sumber makanan bnyk...nk ikan boleh g mancing..ayam bela sendiri...syur tanam sendiri..syiok ...kalau boleh nk duduk kampung jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke barang dekat kg mahal? kalau mahal tu sebab ambik dekat supplier mahal, tu sbb brag jdi mahal...tapi IQ rasa la, xsemahal dekat bandar ni..perghhh...

      jom buat kampung sendiri nak? haha!!

      Delete
  3. Saya pun mengalami benda yang sama..gaji tak naik sebb company prob. Tapi expenses naik..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tu la IQ rasa, dengan GST lagi...alahai, bila entah gaji nak bertambah

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers